Usrah saleha KUIS telah ditubuhkan pada awal tahun 2009 berikutan dengan kumpulan usrah di kalangan kakitangan KUIS. Penubuhan kumpulan usrah ini juga dijadikan sebagai pencapaian KPI bagi KUIS dalam usaha melahirkan pekerja yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akidah bahkan juga dari sudut ibadah dan perhubungan sesama manusia.Semoga dengan adanya kumpulan usrah ini mampu mendidik jiwa insan-insan yang sentiasa bertaut dan bersatu padu dalam memajukan ummah....Amin
Usrah Saleha KUIS mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak. Moga kedatangan ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan kepada diri kita dan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.