Friday, September 18, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-Anak Miskin SK Bangi




BANGI- 17 September Satu Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak miskin yang berada di SK Bangi telah disampaikan oleh YBhg Rektor KUIS, Dato' Haji Mohd Adanan Isman. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Rektor (Akademik & Pembangunan Mahasiswa), Tuan Haji Mohd Khairi bin Haji Hussin.


Majlis pada kali ini menyaksikan 49 orang anak-anak yang kurang bernasib baik menerima sumbangan berupa duit raya dan juga sedikit cenderahati daripada pihak KUIS. Selain itu pakaian untuk hari raya dan makanan juga turut disumbangkan.


Ini merupakan projek ke-2 Usrah Saleha KUIS selepas majlis penyampaiannya dibuat pada anak-anak yatim pada 3 September 09 yang lalu. Atas keprihatinan itu Usrah Saleha KUIS sekali lagi mengorak langkah dengan tidak melupakan anak-anak miskin yang juga memerlukan bantuan.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Rektor KUIS beliau mengharapkan agar mengamalkan konsep bersyukur walau dalam apa cara sekalipun. "Kita wajib bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi tak kira sikit atau banyak...".


Pengetua SK Bangi yang ke-16 iaitu Puan Zakiah Hj Idris yang merupakan satu-satunya guru besar wanita pertama yang dilantik di sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KUIS yang tidak jemu-jemu memberikan bantuan dan pertolongan dari segenap segi sama ada kepada pelajar-pelajarnya mahupun semua kakitangan SK Bangi.


Selepas majlis YBhg Rektor KUIS sempat beramah mesra dengan semua guru-guru SK Bangi.


Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat prihatin terhadap masalah insan lain...dimana "berat sama dipikul, dan ringan sama dijinjing".


Pihak Usrah Saleha KUIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Rektor KUIS dan Timbalan Rektor (A) KUIS kerana sudi menjayakan majlis ini.

Wednesday, September 16, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA STAF KUIS

Usrah Saleha KUIS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan KUIS yang telah menghulurkan derma untuk Sumbangan kepada Anak-Anak Miskin di Sekolah Kebangsaan Bangi.

Semoga sumbangan yang dihulurkan akan mendapat keberkatan daripada Allah....

Semoga dimurahkan rezeki kepada yang menyumbang....

Amin.....

Thursday, September 10, 2009

SALAM AIDIL FITRI



















Usrah Saleha KUIS mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang.....


Semoga Aidil Fitri tahun ini memberikan seribu pengertian dan makna dalam kehidupan kita.....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Sumbangan anda amatlah diharapkan









Assalammualaikum…..




Mungkin kita tidak sedari bahawa kita adalah tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung…. Masih mempunyai ibubapa yang menyayangi…..adik-beradik yang sudi menemani diri di kala senang atau susah…. Akan tetapi……masih ada lagi yang kurang bernasib baik seperti anda…….

Marilah bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin yang berada di Sekolah Kebangsaan Bangi….
Mereka amat mengharapkan sumbangan anda demi merayakan Syawal yang bakal menjelang…..




“Tidak akan berjaya seseorang itu di dunia apabila dia tidak mengendahkan golongan fakir dan miskin…..”.




Marilah bersama-sama kami menyumbang untuk mereka…..!! Sumbangan anda amat bermakna kepada mereka…..




Sumbangan berbentuk wang dan barangan dapur atau pakaian juga dialu-alukan….Hantarkan sumbangan anda ke Pusat Teknologi Maklumat KUIS sebelum atau pada 15 September 2009.










Sumbangan anda bakal memberikan keceriaan kepada mereka……
Semoga dengan sumbangan anda membibitkan senyuman yang penuh bermakna pada Syawal tahun ini.

Wednesday, September 9, 2009

Sebelum Majlis Penyampaian Sumbangan




Ahli Usrah Saleha bersama-sama mengangkat barang2 sumbangan ke Bilik Kaunselor SK Bangi.






Thursday, September 3, 2009

Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di SK Bangi











Penyerahan Sumbangan AidilFitri untuk Anak2 Yatim SK Bangi


BANGI 3 September. Majlis sumbangan Aidilfitri untuk anak-anak yatim telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bangi. Program ini adalah inisiatif daripada ahli usrah saleha KUIS dengan kerjasama kaunselor sekolah tersebut iaitu Cikgu Norhisham. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk duit raya, baju raya, barang dapur dan sedikit cenderahati kenang-kenangan daripada KUIS bagi memberikan semangat kepada para pelajar agar berusaha untuk memajukan diri demi masa depan mereka.

Seramai 20 orang pelajar yang telah menerima sumbangan tersebut terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. Sumbangan ini diberikan diharapkan akan dapat menjadi pengubat kepada para pelajar yang kebanyakannya sudah tiada ayah dan ibu dan mempunyai adik-beradik yang agak ramai menjelangnya hari yang senantiasa dinantikan oleh semua umat Islam iaitu Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan ini diketuai oleh Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh selaku Naqibah Usrah Saleha KUIS. Pengetua SK Bangi Puan Zakiah Idris mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak KUIS dan berharap agar usaha murni seperti ini tidak berhenti setakat ini sahaja dan akan berterusan dari semasa ke semasa.

Wednesday, August 26, 2009

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Usrah Saleha mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita bersama-sama mengejar rahmat, maghfirah dan terlepas dari azab api neraka.........Amin.........
R- Ramadhan bulan mulia
A- Awalnya rahmat
M- Maghfirah di pertengahan
A- Akhirnya terhindar dari azab api neraka
D- Dalam madrasah ramadhan
H- Hidupkan malam dengan ibadah tarawih
A- Agar ada bekalan diri
N- Namun jangan biar nafsu menguasai diri........
"Moga segala amal ibadat kita diterima Allah".....Amin....!!!

Muqaddimah



Salam Sejahtera.....


Blog Usrah Saleha KUIS ini adalah atas inisiatif ahli usrah untuk menjadikan aktiviti usrah sebagai medium perantaraan antara sesama ahli khususnya dan dalam usaha untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk sosial dan yang sewaktu dengannya. Semoga dengan adanya blog ini dapat memberikan banyak manfaat kepada ahli usrah saleha khususnya, masyarakat KUIS dan masyarakat sekitar Bangi Lama, Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota umumnya.
Salam Dari Kami
USRAH SALEHA KUIS


Related Posts with Thumbnails