Thursday, September 3, 2009

Penyerahan Sumbangan AidilFitri untuk Anak2 Yatim SK Bangi


BANGI 3 September. Majlis sumbangan Aidilfitri untuk anak-anak yatim telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bangi. Program ini adalah inisiatif daripada ahli usrah saleha KUIS dengan kerjasama kaunselor sekolah tersebut iaitu Cikgu Norhisham. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk duit raya, baju raya, barang dapur dan sedikit cenderahati kenang-kenangan daripada KUIS bagi memberikan semangat kepada para pelajar agar berusaha untuk memajukan diri demi masa depan mereka.

Seramai 20 orang pelajar yang telah menerima sumbangan tersebut terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. Sumbangan ini diberikan diharapkan akan dapat menjadi pengubat kepada para pelajar yang kebanyakannya sudah tiada ayah dan ibu dan mempunyai adik-beradik yang agak ramai menjelangnya hari yang senantiasa dinantikan oleh semua umat Islam iaitu Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan ini diketuai oleh Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh selaku Naqibah Usrah Saleha KUIS. Pengetua SK Bangi Puan Zakiah Idris mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak KUIS dan berharap agar usaha murni seperti ini tidak berhenti setakat ini sahaja dan akan berterusan dari semasa ke semasa.
Related Posts with Thumbnails