Friday, September 18, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-Anak Miskin SK Bangi




BANGI- 17 September Satu Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak miskin yang berada di SK Bangi telah disampaikan oleh YBhg Rektor KUIS, Dato' Haji Mohd Adanan Isman. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Rektor (Akademik & Pembangunan Mahasiswa), Tuan Haji Mohd Khairi bin Haji Hussin.


Majlis pada kali ini menyaksikan 49 orang anak-anak yang kurang bernasib baik menerima sumbangan berupa duit raya dan juga sedikit cenderahati daripada pihak KUIS. Selain itu pakaian untuk hari raya dan makanan juga turut disumbangkan.


Ini merupakan projek ke-2 Usrah Saleha KUIS selepas majlis penyampaiannya dibuat pada anak-anak yatim pada 3 September 09 yang lalu. Atas keprihatinan itu Usrah Saleha KUIS sekali lagi mengorak langkah dengan tidak melupakan anak-anak miskin yang juga memerlukan bantuan.


Dalam ucapan yang disampaikan oleh Rektor KUIS beliau mengharapkan agar mengamalkan konsep bersyukur walau dalam apa cara sekalipun. "Kita wajib bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi tak kira sikit atau banyak...".


Pengetua SK Bangi yang ke-16 iaitu Puan Zakiah Hj Idris yang merupakan satu-satunya guru besar wanita pertama yang dilantik di sekolah ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KUIS yang tidak jemu-jemu memberikan bantuan dan pertolongan dari segenap segi sama ada kepada pelajar-pelajarnya mahupun semua kakitangan SK Bangi.


Selepas majlis YBhg Rektor KUIS sempat beramah mesra dengan semua guru-guru SK Bangi.


Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat prihatin terhadap masalah insan lain...dimana "berat sama dipikul, dan ringan sama dijinjing".


Pihak Usrah Saleha KUIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Rektor KUIS dan Timbalan Rektor (A) KUIS kerana sudi menjayakan majlis ini.
Related Posts with Thumbnails