Monday, January 25, 2010

Projek ke 3 Usrah Saleha


22 Januari 2010 - Sekali lagi usrah saleha mengorak langkah dengan memberikan sumbangan kepada kakitangan KUIS pula. Majlis Penyampaian sumbangan kepada 12 orang staf KUIS dan 1 staf Anan Management bagi meringankan beban kakitangan kuis sempena tahun baru persekolahan anak-anak.

Tidak dinafikan kos ibubapa menyekolahkan anak-anak semakin meningkat jika dibandingkan pada masa dahulu. Kalau seorang sahaja anak yang bersekolah masih lagi boleh ditampung, bagaimana pula dengan keluarga yang mempunyai anak lebih dari seorang dan masih bersekolah.

Maka majlis sumbangan ini telahpun disampaikan oleh Timbalan Rektor (Pengantarabangsaan & Innovasi) iaitu Tuan Haji Mohd Shah Abdullah. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Tuan Haji Mohd Shah diikuti dengan majlis penyampaian dan sedikti jamuan ringan.

Dalam ucapan beliau mengharapkan agar Usrah Saleha ini mampu bergerak dengan lebih agresif lagi seperti membuat kebajikan kepada pesakit-pesakit di hospital yang mana golongan kristian telah lama melakukan dakwah mereka sebelum ini. Usrah ini boleh dijadikan contoh kepada usrah lain yang ada di KUIS dimana tidak menjadikan usrah itu sekadar usrah semata-mata tetapi semangat untuk membuat kebajikan sosial masih diutamakan.Melalui medium inilah yang masih kurang dilaksanakan.
Related Posts with Thumbnails